Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya :
Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?
Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada
bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak
terlihat."
Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"
Baginda menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada
Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain
sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya
kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."
Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan
tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak
sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.
Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."
(Hadis Riwayat ath-Tabrani)
Subhanallah...alangkah mulianya darjat seorang wanita solehah! Sehingga
dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi
motivasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik
daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Wanita solehah seniasa mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri dan manusia seluruhnya.
Wanita solehah tidak suka perangai wanita jahiliah yang suka berhibur dan berhias diri hingga menimbulkan fitnah dunia.
Wanita solehah tidak bermusafir melainkan bersama mahram atau suaminya.
Kecuali dalam keadaan terpaksa dan berhati-hati menjaga keselamatan
dirinya.
Wanita solehah sentiasa membantu dalam perkara kebenaran, kebajikan dan
takwa dan menjauhkan dirinya daripada membantu dalam bermaksiat kepada
Allah S.W.T.
Wanita solehah sentiasa bersedekah dan infak di jalan Allah, samaada dalam keadaan susah atau senang.
Wanita solehah sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, adik
beradik dan kaum kerabatnya, tidak suka memutuskan silaturahim
Wanita solehah sentiasa menjaga solat fardu , puasa Ramadan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri.
Wanita solehah sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga dan menghormati tetamu.
Wanita solehah bukanlah dilihat dari bentuk tubuh badannya yang
mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya
yang mempersona itu.
Wanita solehah bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang
diberikannya , tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala
kebaikan itu.
Wanita solehah bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya
menyayi dan bernasyid, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan yang benar, tidak mengumpat, mengadu domba dan keluar
kata-kata kesat.
Wanita solehah bukan dilihat dari keahliannya berbahasa dan berpidato,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah untuk
menegakkan kebenaran.
Berdasarkan ayat 31, surah An Nurr, Abdullah Ibn Abbas dan lain-lainnya berpendapat,
"Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan
dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram"(As Syeikh Said Hawa
di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
Firman Allah S.W.T maksudnya : "Janganlah perempuan -perempuan itu
terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada
perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang
baik-baik"(Surah al-Ahzab ayat 32)
Wanita solehah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian yang
berfesion dan mahal-mahal tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Bertudung
labuh dan berbaju kurung tidak membenarkan bentuk tubuhnya di tonton
oleh lelaki yang bukan mahram.
Wanita solehah bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi
jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang
orang tergoda.
Wanita solehah bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian
yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu
dengan penuh rasa reda dan kehambaan kepada Tuhannya, dan ia sentiasa
bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Wanita solehah bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi
dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam
bergaul dan sentiasa menjauhkan dirinya daripada fitnah.
Sahabat yang dimuliakan,
Wanita solehah itu berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila
dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita
solehah yang menjaga kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa
wanita mulia sebagai penghuni surga dan penghulu (pemimpin) para
bidadari.
Firman Allah S.W.T. dalam surah ad-Dukhan ayat 51-54 maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat yang aman. Di dalam
taman-taman dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera halus dan
sutera tebal (duduk) berhadap-hadapan. Demikianlah dan Kami jodohkan
mereka kepada bidadari-bidadari bermata jeli".
Ingatlah wahai lelaki mukmin! Orang yang terbaik dikalangan kalian
adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya (wanita solehah) dan
memuliakan kaum wanita. Nabi S.A.W mengatakan orang lelaki yang menghina
wanita adalah orang yang tidak tahu budi.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya
ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli
keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku
adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan
kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum
wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Hadis Riwayat Abu ‘Asakir).
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. "
Begitulah Islam memuliakan wanita solehah bukan saja dia adalah bidadari
di dunia tetapi dia juga akan menjadi ketua bidadari di syurga.
Entri Populer
-
ini foto2 nostalgia wkwkwkwkwkwkwk sooo...................!!! ini temend2 lama gue dari sekolah lama gue di smk negri 6 yogyakarta tapi k...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. kelua...
-
imPiAnku MeNjAdi MuSLImAH SoLeHah.. Wanita??Perempuan??Muslimah??... Aku tertarik bila cerita tentang wanita..sebab ape?? mungki...
-
di saat aku merintih karna penyakit ku dia datang dan menghibur ku dia menyemangati hidup ku dia menjadi dokter penyembuh ku di saat aku h...
-
tangan aku adalah separuh dari tangan kamu itu tanda nya tuhan menciptakan tangan kamu buat nge genggam tangan aku dan menghangatkan tang...
-
siang ini................. aku melihat pangeran di mata ku pangeran tampan sendirian pangeran yang basah karna air surga pangeran impian set...
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar